Lembu yg dibela sekian lama yg pada mulanya enggan naik lori ,, setuju naik setelah tuannya naik sama ,, terpaksa dijual demi kelangsungan hidup keluarga di era covid ,,

Hubungan manusia dengan haiwan ada kalanya lebih erat berbanding sesama manusia, yang sering salah menyalah .

T20 kalau rebah,
rebah sekali anak buah.
.
Kawan saya T20, ada seorang dah rebah.
Syarikatnya ada 4 cawangan.
Staf 30 orang.
.
Bisnesnya terjejas teruk dek PKP.
Bisnes pengangkutan.
Kena rentas negeri baru ada sales.
.
Aset kenderaan, loan bulan-bulan total RM90k sebulan.
Gaji 30 orang staf, RM60k sebulan.
Jadi, RM150k/bulan kena ada, kurang-kurang.
.
Dan, gaji terakhir dibayar ialah bulan lepas, June 2021.
.
Bayangkan.

Syarikat SME ini dah wujud 4 tahun.
.
PKP lepas, simpanan licin.
Baru nak bernyawa, PKP kali ini, giliran aset pula licin.
.
Orang kata loan tu ada moratorium.
Jimat dah.
Hang pi bank, ada syarat.
(Syarat ni mana pak menteri sebut kat TV)
.
.
.
T20 kalau rebah,
Rebah sekali anak buah.
.
Staf 30 orang.
Kalau satu staf, tanggung isteri & anak seorang.....
.
....Bermaksud, total rebah ialah 30x3 = 90 orang.
.
.
.
Tak hairan yang bunuh diri tu sebahagiannya level owner bisnes.
.
Sebab owner bisnes ni kena sandwich kat tengah-tengah, antara diri sendiri dan team.
Serba salah.
.
Dia nak selamat diri, dia tutup ja bisnes tu.
Duit simpanan ada.
Tapi kalau tutup, 90 orang akan terkesan.
.
Kalau buka, tak boleh bayar gaji penuh, sebab sales tak masuk.
Kikis simpanan syarikat.
.
Sandwich.
Buat apa pun tak kena.
.
.
Bukan senang jadi majikan.
Nampak ja masyuk T20 ni.
Tapi overhead tinggi.
Bisnes tak jalan, menggagau cari duit nak bayar itu ini.
.
Kepada yang ada bos T20, yang masih boleh bayar gaji, kerjalah sungguh-sungguh, hasilkan output kerja yang bagus.
.
Jangan sampai bos T20 kau tu rebah.
Sebab kalau dia rebah, kau pun rebah.
.
Nak cari kerja baru ?
Ekonomi tak menentu ni, peluang kerja pun kurang.
Tambah pula kat company lama performance hang tak bagus.
Dia telefon HR hang, setel.
Siapa nak ambil ?
.
Nak meniaga ?
Bukan hang sorang.
Ramai lagi yang terkesan dan memilih untuk berniaga.
Dulu tepi jalan kosong, sekarang bersusun orang buka meja lipat.
.
.
T20 kalau rebah,
Rebah sekali anak buah ????‍?‍?‍?