https://www.facebook.com/100974161390466/posts/427819765372569/" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

﷽ Kekuatan tidak datang dengan kemampuan fizikal tetapi ia datang dari semangat tidak pernah mengalah,kerajinanmu buat diri anda bersemangat

Lori Sewa ???? Tong gas ???? Kambing Golek ????
wa.me/601131276270?text=Lori+Sewa ????????
???? Fb.me/KambingAkikahKambingGolek ????????
???? Fb.me/JualBeliTongGasMemasak ????????????️????Jenjarom 0⃣3⃣3⃣1⃣9⃣1⃣1⃣5⃣8⃣0⃣ #Selangor

BISNES APA YANG BOLEH HIDUP
DALAM KEADAAN KEMELESETAN?

4 BISNES YANG KEKAL BERTAHAN

Bisnes yang diperlukan ialah kedai runcit, makanan, farmasi dan kedai DIY. Ini adalah bisnes-bisnes yang boleh bertahan samada dengan cara kita membuka kedai-kedai ini ataupun kita menjadi pembekalnya. Jika bisnes-bisnes yang kita ada bukannya bisnes yang empat ini, maka kita berada di dalam bisnes yang berisiko tinggi.

Kalau anda ada ladang yang membekalkan hasil kepada kedai runcit, itu okey asalkan anda dah sedia ada tempat untuk pasarkan hasil. Kalau anda bekalkan barangan secara consignment kepada keempat-empat perniagaan itu, insya-ALLAH bisnes anda okey.
Dari segi teknologi, sesiapa yang buat online, insya-ALLAH okey. Kalau nak jual baju pun, biarlah baju basahan. Bukannya jenis pakaian yang jarang orang pakai.

Di Malaysia ini, ramai yang jual pakaian yang rare, bukannya pakaian harian. Namun sebagai mall, kami kena wujudkan bisnes-bisnes yang pelbagai seperti peralatan sukan. Bisnes ini okey, tetapi ia tidak disarankan kerana ia bukan bisnes asas.

Empat bisnes utama yang saya sarankan tadi boleh anda mulakan jika hendak berniaga. Yang pasti, survival bisnes pada hari ini ialah memberi apa-apa penyelesaian masalah asas kehidupan yang cukup kepada pengguna.

Misalnya jika kita buat rumah, iaitu rumah kos rendah seperti tiny house yang dibuat di tanah-tanah kampung boleh menjadi opsyen sekarang. Saya sendiri sudah gerakkan pelan family security sebagai pelan apabila keadaan menjadi lebih buruk.

EKONOMI DUNIA KIAN MELESET

Saya bukannya hendak menakut-nakutkan. Tapi saya lihat data tentang ekonomi dunia yang menunjukkan satu keadaan yang tak pernah berlaku di dunia sebelum ini. Dulu pada 1997, sewaktu kemelesetan ekonomi dunia, ia tidaklah seteruk sekarang.

Orang masih berdagang pada ketika itu kerana yang banyak terkesan hanyalah pasaran saham. Tapi kali ini ia lebih teruk. Mungkin kesannya tak terasa lagi bagi rakyat Malaysia kerana kita masih ada duit.

Kita boleh pergi makan-makan dan shopping kerana kerajaan beri moratorium yang tak perlukan kita bayar pinjaman bank buat sementara waktu. Tapi tak lama lagi ia akan beri kesan kepda kita bila kerajaan tak ada wang yang banyak.

Kita kena faham bahawa kesemua institusi pelaburan di dalam negara sepeti EPF, Tabung Haji yang melabur di dalam pasaran saham dah kurang daya kerana tak dapat beri dividen yang tinggi. Jualbeli saham pun semakin teruk kerana dah jatuh lebih 500 mata. Jadi mereka dah tak boleh beri pendapatan kepada kita melalui dividen sepertimana selalu.

BISNES KEDAI RUNCIT BOLEH BERTAHAN

Bagaimana pun jika ada modal bolehlah buka kedai runcit. Saya nak kongsikan mengenai kedai runcit kami Malakat Grocer 812 di Putra Perdana, Puchong. Pada bulan pertama kami dapat lebih RM100 ribu. Bulan lepas RM150 ribu dan bulan Oktober, kami peroleh lebih RM200 ribu.

Pada bulan itu kami peroleh hampir RM7 ribu sehari. Jadi, bisnes pemakanan kelihatan okey. Ramai kawan-kawan yang nak buka Malakat Grocer 812, tetapi kami belum sedia lagi. Hanya sedikit pembetulan model bisnesnya, insya-ALLAH, dalam seminggu dua ini kita dah sedia untuk membuka kedai lagi.

Siapa yang nak datang untuk buka malakat Grocer 812, boleh datang untuk dapatkan peluang. Kita perlukan di antara RM400-RM500 ribu untuk bermula. Paling rendah pun di antara RM150-RM200 ribu. Jika tak boleh, jadilah pembekal di kedai-kedai itu.

Ramai orang kita yang buat bekalan makanan yang bukan jadi keperluan iaitu makanan yang perlu ada hari-hari. Ia boleh juga seperti barangan dalam tin atau botol. Dalam suasana Covid-19 ini makanan yang diperlukan ialah seperti makanan sunnah ataupun makanan sihat dan segar.

Inilah antara perniagaan yang orang biasa boleh lakukan. Bisnes-bisnes yang perlukan kepakaran seperti pengurusan sisa akan diperlukan pada bila-bila masa. Contohnya sisa makanan. Sisa makanan ini boleh dijadikan baja. Siapa yang ada modal boleh beli mesin yang memproses sisa makanan menjadi baja. Namun ini perlukan pelaburan yang agak besar.

DIY juga adalah di antara kedai yang laris selepas PKP. Di kedai ini ada banyak peluang untuk bekalkan barang secara consignment.

BISNES MAKANAN JUGA BAIK

Yang terakhir sekali ialah food and beverage atau membekal makanan. Memanglah ada banyak restoran yang tutup. Tapi banyak juga yang masih bertahan dengan pendekatan yang tidak konvensional. Konsep cloud kitchen juga boleh dijadikan model bisnes bilamana pelanggan memesan secara online. Makanan bajet pun akan kita lancarkan di mana makan tengahari dengan harga RM5.00 sahaja dikenakan kepada para pelanggan.

Di Malakat, F & B adalah bisnes yang menampung pendapatan selepas kedai runcit. Kami juga sedang mengkaji kedai Family Mart. Kedai ini memperoleh pendapatan minimum RM7,000 sehari. Pendepatan besarnya datang dari F & B. Kita boleh ikut formula Family Mart. Kalau orang kita suka sangat dengan kedai ini, kita bukalah kedai seperti ini. Doakan.

Apa sahaja yang saya buat bukannya untuk saya. Bila saya buat projek pilotnya dan dapati ia okey, anda boleh aje ambil projek ini. Konsepnya seperti francais tapi tak ada bayaran francais. Tapi kita sediakan tenaga kerja profesional, ada royalti dan sebagainya kerana menggunakan jenama yang kita bina.

Bisnes kami juga adalah bisnes membina jenama. Kita bina jenama yang elok, selepas itu kita beri pada usahawan. Doakan kita berjaya laksanakan rancangan ini. Untuk mereka di bidang medikal, kita sedang nak buat Raudhah Clinic. Cuma sedang menanti lesen.

PERKAMPUNGAN MUSLIM SEBAGAI PERSEDIAAN

Semoga dengan perkongsian sedikit ini anda memperoleh idea bisnes apa yang nak dibuat. Semalam saya dah lancarkan pelan perkampungan Muslim yang mana kita fokus kepada kehidupan yang mampu bertahan. Konsepnya sama aje dengan Raudhah City.

Oleh kerana kos Raudhah City yang terlalu tinggi dan orang pun tak ada duit, kita bina perkampungan Muslim ini. Kita pun tak hendak ambil pinjaman bank. Kita cari jalan menjual aset, buang segala hutang piutang dan kemudian hendak bina kehidupan.

Rancangannya ialah sekiranya terjadi apa-apa, kita boleh hidup dengan kekalkan agama kita. Yang lebih penting ialah selamatkan agama, bukan selamatkan nyawa dan tinggalkan agama. Itu tak betul. Para ustaz boleh terangkan apa maksud saya.

Untuk anda yang masih belum mempercayai bahawa apa yang berlaku ini adalah grand master plan untuk matikan ekonomi dunia, maka tunggulah. Saya cukup yakin bahawa ini adalah satu rancangan besar.

Majoritinya sihat semula. Saya tak menafikan kerja-kerja frontliners. Tapi sebenarnya kita menyusahkan frontliners bila yang tak sakit pun kena kuarantin juga.

Tapi tak apalah, biar pakar-pakar buat mengikut perintah kerajaan. Yang pasti, bagaimana kita nak jaga dan lindungi agama dan ekonomi kita. Kita kena jaga dua-dua. Kalau kita tak jaga agama, kita akan berada dalam kemurkaan ALLAH swt.

Semalam saya dengar semula ceramah lama Sheikh Imran Hussein tentang Muslim Village. Ya ALLAH, kita kena hidup dalam konmuniti yang punyai Amir, iaitu pemimpin yang kita beri baiah kepadanya. Itu nasihat Sheikh Imran.