Sempena Hujung Minggu, Nak Kongsikan Resipi Yang Sedap,

Sempena hujung minggu, nak kongsikan resipi yang sedap, rangup dan senang nak buat iaitu roti puri. Resipi ni cukup untuk 2 atau 3 orang makan. Kalau dapat makan dengan sambal atau kari, memang layan hari minggu ni ????

Bahan-bahan Roti Puri:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air suam

Cara-cara :
???? Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak.
???? Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. (tambah sedikit air/tepung jika perlu)
???? Perap selama 15 minit.
???? Setelah adunan kembang, bulat-bulatkan adunan. Lenyekkan dengan penggelek.
???? Panaskan minyak yang banyak. Masukkan adunan ke dalam minyak dan siram minyak atas adunan (atau tenggelamkan kesemuanya). Goreng sampai agak kekuningan. Untuk lebih senang, goreng satu per satu.
???? Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sambal atau kari.

Wa.me/601131276270?text=HantarGasJenjarom
Fb.me/ImranSuriLoriSewaTongGasKambing ????????????????????️

#RotiPuri
#SolarTongGas
#ResepiBersamaSolarGas
#TukarKeSolarGas
#SolarGasMalaysia
#BersamaSolarGas